Dikuasakan oleh Blogger.

CARIAN

MUZIUM

Muzium Negeri Terengganu


Muzium Negeri Terengganu mempunyai keunikannya yang tersediri, bukan sahaja dari segi saiz atau keluasan muzium yang di katakan terbesar di Asia Tenggara tetapi didalamnya memuatkan pelbagai tinggalan sejarah bumi Terengganu terutama sekali Batu Bersurat yang sememangnya sudah diketahui umum tentang nilai sejarah yang ada padanya.


Melalui kemudahan Bas Bandar yang boleh anda naiki di depan Medan Maziah berhampiran Pejabat Pos Besar, Kuala Terengganu. Perjalanan ke komplek muzium ini menjadi lebih mudah dan menjimatkan. Jika anda membawa kenderaan sendiri, komplek muzium ini boleh di akses dengan mudah dari bandar Kuala Terengganu, ianya juga terletak berhampiran Perkampungan Kerepok Lekor dan Taman Tamadun Islam.

Untuk anda menerokai keseluruhan komplek muzium ini akan mengambil masa berjam-jam bermula dari galeri-galeri yang terdapat didalam muzium ini seperti :
* Galeri Tekstil
* Galeri DiRaja
* Galeri Kraf
* Galeri Senjata
* Galeri Sejarah
* Galeri Petroleum
* Galeri Islam
* Galeri Ilmu Kejadian
* Galeri Pelayaran & Perdagangan
* Galeri Perikanan & Taman Laut ,


Kemudian penerokaan anda boleh di lanjutkan ke kawasan luar muzium yang menempatkan rumah-rumah Tradisional Melayu Terengganu, Kapal dan perahu-perahu tradisional Terengganu dan pelbagai lagi. Jika kepenatan anda boleh singgah di kafe muzium yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk anda. Selamat menerokai sejarah Terenganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

About